bahan bacaan waktu bosang.

Tuesday 14 June 2011

MUNGKIN

Assalamualaikum.

ok its almost 2 am now. and masa-masa macam ni la aku baru dapat idea nak tulis apa. hampeh betul.-.-'

nak mula macam mana eh? haha. okay2 let us be serious.


 manusia sekarang ni sudah semakin sombong, mungkin masing-masing rasa diri tu sudah terlalu bagus as it is compared to other people. MUNGKIN. cuba kau cakap orang mana yang tak rasa diri dia bagus? aku rasa majoriti akan kata or claim themselves as BAGUS. tapi aku rasa itu semua kerana confident. dengan keyakinan yang tinggi, perasaan diri itu bagus akan muncul. tapi kalau kau terlampau berkeyakinan tinggi, fikir diri tu terlampau bagus, itu yang timbulnya sifat sombong, bongkak etc. or in simple word orang panggil POYO.  mungkin rendah diri itu adalah lebih baik. oh yang ni bukan mungkin, yang ini PASTI. Pasti merendah diri lebih baik daripada menyombong tak tentu arah. seriously, orang takkan pernah suka dengan orang yang sombong. SERIOUSLY GIRL.


tak guna kalau rupa paras cantik tapi hati busuk. boleh umpamakan tak hati tu busuk macam nasik basi yang sudah seminggu terbiar tak berbasuh. boleh bayangkan bau dia macam mana? taknaklah nasik, tak kaww sangat bau dia. em macam ikan rebus yang dah sebulan terbiar. bayangkan cepat ! tak guna juga kalau harta bertimbun, pakai blackberry, Ipad segala mak nenek yang canggih manggih tapi dalam hati terselit sikap hasad dengki, suka menilai luaran orang, suka mengumpat dan yang sekutu dengannya. tak guna okay. people won't give a respect kat orang yang berperangai macam ni. orang lagi menyampah ada kot.


aku tulis entry ni bukan apa. its just my opinion about this thing. ini jugak hasil daripada observation aku sepanjang 19 tahun aku hidup. tapi tolak zaman tak matang aku, observation ni ada la dalam 2 tahun  je. hihi.


observation aku banyak dipengaruhi oleh environment kehidupan aku dekat universiti ni sendiri. hey helloo aku dikelilingi oleh mereka-mereka yang sombong kot. mungkin tak semua, but yes most of them. its REALITY yang kita aku kena hadapi. oh mungkin aku juga sombong? MUNGKIN. sebab kata orang, our friends is what we really are. they're just like a mirror to us. apa saja perangai mereka, akan reflect diri kita juga.


okay aku akui, aku jugak sombong. sombong dengan kawan-kawan, sombong dengan saudara mara, sombong dengan err semua orang lah. YES aku akui. dan aku akui dengan sifat sombong ni la yang menyebabkan aku tak boleh get along dengan saudara mara aku. frankly, aku tak rapat langsung dengan saudara mara aku. balik kampung, kadang-kadang, aku akan buat hal aku sendiri. anddd dah tentu-tentu diorang claim aku sebagai SOMBONG. nak buat macam mana, this is what i really am.


so this is all back to MUHASABAH DIRI. dengan muhasabah diri, kita dapat nilai balik perangai atau sikap kita yang tidak disenangi orang lain, so that kita boleh berubah kepada yang lebih baik. hey. semua orang tak suka berkawan dengan orang sombong laa. tapi ramai jugak yang ada sikap ni dalam diri masing-masing. andd again, muhasabah diri. kenapa kau tak ramai kawan, kenapa kau selalu sorang-sorang, kenapa orang asyik mengumpat pasal kau, kenapa orang asyik cakap yang bukan-bukan pasal kau. muhasabah diri dan cuba berubah. Okay aku nak muhasabah diri sekarang. kbye !


# note to all. this entry tiada kena mengena dengan sesiapa. peace:)

3 comments:

  1. yezza...totally agreed with ur opinion n feeling...rendah diri adalah sifat mulia yg perlu ada dlm diri..nk meninggi diri blh tp jgn over...apa pon, muhasabah diri amat WAJIB untuk menjadikan kita seseorg yng berjaya...bye...heee

    ReplyDelete
  2. haha. kan. tak payah nak menyombong, berlagak semua2 tu. sebab takkan pergi ke mana pun dengan sifat sombong tu.;p

    ReplyDelete
  3. yeee....mungkin org tu nak amek perhatian kot...heee...

    ReplyDelete